JPJ tawar Diskaun Saman sehingga 70% sempena Hari Merdeka ke-64, bermula Esok

116288769_10158689696187421_559845577442987337_n

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, dalam satu kenyataan, memaklumkan penawaran diskaun sehingga 70% sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64.

Mengikut sumber tersebut, tawaran ini terbuka kepada semua jenis sama yang boleh dikompaun kecuali kes yang masih dalam sebutan mahkamah, termasuk berstatus waran tangkap dan perbicaraan.

Tawaran pengurangan kompaun ini bermula esok (Rabu) sehingga 16 September 2021, dan diberikan berdasarkan kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem mySIKAP JPJ.

Urusan pembayaran notis saman ini boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri, cawangan, UTC, kiosk serta dalam talian melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my/)

Ianya bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda negara ekoran pandemik Covid-19.

Tawaran pengurangan notis saman ini dibuat bagi tujuan meringankan beban rakyat, selaras dengan kemelut ekonomi yang melanda segenap lapisan masyarakat di negara ekoran daripada pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, bagi notis saman yang disenarai hitam, pesalah dikehendaki hadir ke pejabat JPJ untuk tujuan dokumentasi semula sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.