Suzuki dikhabarkan bakal kembali ke Malaysia, di bawah naungan Berjaya Group

Suzuki-Swift-Hybrid2017-suzuki-swift

Sumber mengatakan Suzuki merancang untuk kembali menjual kenderaan di Malaysia di bawah naungan baharu, Berjaya Group – syarikat yang sama bertanggungjawab ke atas model Mazda CKD melalui francais’nya, Bermaz Auto.

Ianya dikatakan Tan Sri Vincent Tan dijadualkan bakal terbang ke Jepun bulan hadapan bagi menandatangani perjanjian pengedaran jenama kenderaan ini kelak. Memorandum ini turut disaksikan oleh Pengerusi Suzuki sendiri, Osamu Suzuki bertempat di ibu pejabat di Hamamatsu.

Bagaimanapun, tiada laporan lanjut dimaklumkan tentang perancangan Suzuki di Malaysia.

Andaian awal pihak editor, berkemungkinan Suzuki menyasarkan untuk memasarkan model seperti Alto, Ertiga, Swift, Jimny, APV dan Vitara untuk pasaran Malaysia – berdasarkan rekod ianya pernah dijual di sini sebelum ini. Sama-sama kita nantikan.