Gambaran jelas Proton Saga Facelift 2019 tanpa balutan samaran, bakal dilancarkan tidak lama lagi

Proton Saga Facelift 2019 kelihatan sedang menjalani penggambaran iklan komersil di sekitar ibu kota tanpa sebarang balutan samaran.

Tidak seperti model Exora sebelum ini yang kurang perubahan pada bahagian luaran, model Saga 2019 ini mendapat sentuhan ketara apabila didatangkan dengan padanan rim aloi 5-bilah, beserta lampu DRL (Day Running Light) dan kemasan rekabentuk seperti mana yang dibuat pada model Persona yang dilancarkan tempoh hari.

Model Saga Facelift 2019 ini dijangka bakal lancarkan bulan hadapan, berkemungkinan juga 31 Ogos sempena Hari Kebangsaan Malaysia nanti.