Berjaya Group nafi bakal ke Jepun untuk meterai kontrak perjanjian penjualan dengan Suzuki

Suzuki-Swift-Hybrid2017-suzuki-swift

Tidak lama selepas berita mengejutkan yang Suzuki bakal kembali menjual kenderaan semula di Malaysia di bawah seliaan Berjaya Group, hari ini Berjaya Group menafikan khabar tersebut.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan menerusi ‘The Sun’, Berjaya Group mengesahkan berita tersebut (pemeteraian kontrak penjualan) bukan sahaja tidak tepat, malahan ahli lembaga pengarah juga tidak tahu menahu akan perancangan ini.

Ini juga bermakna Tan Sri Chen Zhiyuan selaku pengerusi Berjaya Group tidak akan terbang ke Hamamatsu, Jepun bagi menandatangani perjanjian tersebut.

Suzuki sebelum ini menjual kenderaan melalui Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd, sebuah syarikat usahasama milik DRB Hicom.

Pada 2015, Suzuki menandatangani perjanjian kerjasama (MOU) bersama Proton, sebelum mengumumkan penarikan diri daripada pasaran Malaysia.