Sepertimana sedia maklum, kenderaan utility sukan (SUV) Perodua Aruz sudah pun dibuka tempahan secara rasmi bermula 3 Januari lalu pada tag harga sekitar RM72,200 dan RM77,200 tidak termasuk insurans.
Menurut info tidak rasmi, kenderaan ini bakal dilancarkan pada 15 Januari, kurang seminggu dari tarikh artikel ini dikeluarkan. Ianya dihadirkan dengan dua varian, X dan juga AV;
Umum tahu kenderaan ini adalah jentera yang sama berkongsi platform dengan Toyota Rush dan juga Daihatsu Terios baharu, namun dengan kemasan sentuhan pihak Perodua bagi membolehkannya memiliki identiti tersendiri disamping kedua kembarnya.
Terdahulu, pakar manipulasi grafik automotif, Ajerul pernah menghasilkan gambaran Perodua Aruz yang bakal dilancarkan ini
Susulan itu juga, tular foto intip yang dikirimkan secara misteri jelas menunjukkan bagaimana rupa sebenar SUV pertama keluaran Perodua ini.
Gambaran Ajerul, walaupun sedikit berbeza dengan rupa sebenar, namun agak membantu orang ramai untuk mendapatkan visual gambaran yang mirip Perodua Aruz sebenar.
Berita selanjutkan selepas ini.