Tempahan Proton X70 Dalam Talian Kini Dibuka – Deposit Serendah RM99 Sahaja

Proton-X70-2

Proton baru sahaja melancarkan satu laman web khusus untuk pelanggan menempah Proton X70.

Sebagai langkah promosi, satu ‘Flash Sale’ ditawarkan dengan deposit serendah RM99 sahaja dari 17-19 Oktober 2018.

Pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan boleh mengemukakan butiran peribadi, varian, warna pilihan serta lokasi untuk mengambil kereta mereka.

Selepas tempahan dibuat, konsultan jualan akan menghubungi pelanggan tersebut dalam tempoh tujuh hari bagi proses tempahan seterusnya.

Bagi mana-mana tempahan yang dibuat di cawangan PROTON, bayaran refund akan dikembalikan sekiranya pelanggan bertindak untuk megubah fikiran selepasnya.

Orang ramai boleh melayari laman web khas Proton X70 untuk mempelajari dengan lebih lanjut spesifikasi SUV pertama Proton ini : www.proton.com/ProtonX70