2019 Mercedes Benz A200 & A250 AMG Line dilancarkan di Malaysia

Mercedes-Benz-A-250

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan generasi ke-empat model model di segmen A mereka, Mercedes-Benz A200 Progressive Line dan juga A250 AMG Line, menggabungkan elemen mewah dan reka bentuk moden dalam jentera kompak ini.

Dari segi spesifikasi, model A200 hadir dengan enjin 1.3 Liter Turbo Petrol 4-silinder yang mampu memberi kuasa sebanyak 163 Horsepower pada 5,500rpm dan 250Nm tork pada 1620rpm. Model A250 AMG Line pula diberi lebih kuasa dengan output sebanyak 224 Horsepower pada 5,500rpm dan 350Nm tork pada 1,800rpm. Ianya dijana oleh transmisi Dual Clutch automatik dengan 7 kelajuan.

Rekabentuk yang ditawarkan lebih nampak agresif dari model sebelumnya. Malahan terdapat beberapa fungsi baru seperti Mercedes-Benz User Experience (MBUX), kokpit yang boleh dilihat melalui kawalan skrin sentuh, instumen digital, kawalan suara pintar, fungsi KEYLESS-GO, Active Parking Assist, dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, model ini ditawarkan pada harga RM227,888 untuk A 200 Progressive Line manakala RM263,888 untuk varian A 250 AMG Line.